05 April 2015

Short vacation - Sungai Lembing

Day 1
Assalamualaikum semua !! lamanya tak update blog ni. dah bertahun dah rasanya tak  update. Disebabkan duduk kuantan ni, suka sangat pegi jalan. Setiap bulan ada je rasanya pegy short vacay. So semalam, aku and le housemates pegi sungai lembing. Act dah lama dah nak plan pegi sana. Tapi takde masa. Haha. Kitaorg ingat nak pegi 1/4 tapi sayangnya semua busy. Review pasal sungai lembing ni, Tempat dia best sangat dan teramatlah tenang. Nak taw kenapa tenang, sebab kawasan dia takde lah crowded sangat mcm dekat2 bandar tu.Lepastu dekat sungai lembing ni banyak sgt tempat yang menarik bole pegi.  Plan awalnya nak gerak pukul 1, tapi disebabkan ada problem sikit,  kitaorg decide, lepas solat jumaat, terus gerak ke sungai lembing, Kalau dari kuantan  dalam 45 minit dah sampai.
Tadaaaaaaa. Kalau korang dah jumpa pintu ni. Maknanya betul lah ni sungai lembing. 

Lepas je pintu masuk mesti jumpa nii. Yeayy, pekan sungai lembing maybe

Kitaorg sampai dalam pukul 4 lebih then terus pegi check in dekat time capsule retreat. Okay nak review pasal time capsul ni. Best sangat tempat dia. tenang and sesuai for those yang tension and nak pergi bercuti. Time capsule ni menarik sangat sebab dapat tidur dalam kolong ! best okayyy. Dia punya owner pun tersangatlah friendly. Baik sangat sangat. Time capsule ni dia ada dua jenis kolong and cottage. Kalau cottage ni, Ada 2 jenis bilik. 1 standard room 118/night and lagi satu supperior room 198/night. Standard room tu bole muat 2 org and superrior room tu bole muat 8 orang. Price kolong rm119/night. Dalam kolong tu bole muat 2 orang je. Tapi tapi tapii. Kolong ni kalau nak kena book awal2. Sebab kolong ni macam goreng pisang panas dah. Haha. Every weekend, mesti full. Ohyaa, time capsule ni ada sediakan pakej utk pergi ke air terjun pelangi, rm40/pax.

Haaa. ni lah kolong tuuuu 

Kalau yang tidur dalam kolong tu, takde toilet so kena guna toilet ni la.

Ni gambar kolong dari belakang

Yeayyyyyy

Yang ni lah main building.

Yang ni dalam main bulding

 Lepas je check in, kitaorang terus siapkan bahan2 bbq untuk bakar bakar malam nnti. Lepas je perap bahan bahan utk bbq.
ni bahan yang dah perap !!!

Lepas je perap barang barang ni, kitaorg pegy dekat jambatan gantung.

 Jambatan gantung ni dia terus ke depan kalau korang dari muzium sungai lembing tu. Nnti korang akan nampak satu tempat tidur mcm kontena, nama dia t box, then terus je ke depan. nnti jumpa lah jambatan gantung nii. Kalau naik kat atas tuu kalau yang gayat mesti takut. haha. sebab dia bergoyang-goyang, tambah pulak kalau ada pakcik yang kat situ lalu naik motor. 

Yang ni view jambatan gantung

Ni dari atas jambatan gantung



Dah lepas pegy jambatan gantung, kitaorg pegy balik dekat cottage, lepas solat semua mula lah aktivit bbq

Sedapnyaa bila tgk balik makanan niii. 

Lepas je bakar bakar, ada orang tu main gitar, then kitaorg nyanyi ramai-ramai

Time capsule ni pun diaorg sediakan jugak tempat utk bbq, and ada meja kat luar, so kitaorg just makan kat luar ditemani bulan and lagu laguuu. haha 

Day 2

Okay sambungan esoknya pulak, lepas je bangun then siap-siap terus check out. Kitaorang pergi ke Terowong Bijih Timah Sungai Lembing. Harga tiket untuk masuk kat dalam tu RM 15 sorang kalau tak silap. Lepas beli tiket, semua excited nak masuk dalam tu sebabnya naik train yang comel. Aku igtkan naik train sampai hujung rupanya dia just hantar masuk kedalam terowong tu sikit, then kenalah berjalan kaki. Takpe, tu semua untuk membakar lemak. Ihiks 
 
:)

Sebelum nak masuk terowong tu, kena naik train ni duluu

Ni kat dalam terowong. Okay lah untuk selfie, takdelah gelap sangat. Haha 




Four of us. Haha dapat gambar terang yang ni mestilah guna flash.

 Ni bila dah keluar dari terowong. Penat gila berjalan dalam tu. 

Dah habis berjalan kat sini, kitaorang pergi ke Pasir Kubur Sungai Lembing. 

Ni lah Pasir Kubur tu. Air dia jernih kan. Even masa tu tak mandi pun kat sini, sempatlah jugak aku celup kaki. Sejuk giloss air dia. Tapi kat sini tak lama punn. Walaupun tak semua tempat kat Sungai Lembing ni aku pergi, tapi aku tetap enjoy dekat setiap tempat yang aku pergi. Bestttt. Then dalam pukul 2 lebih kitaorang pun balik ke Kuantan balik. Act kat Sungai Lembing ni banyak je tempat menarik yang boleh pegi. Contohnya tidur kat kolong, then sekarang pun aku rasa ada yang baru. Tbox nama tempat dia. Sungai Lembing ni pun banyak jugak aktiviti dia. Boleh panjat Bukit Panorama, Mandi air terjun pelangi, Pergi dekat jambatan gantung. pergi melawat muzium dia and banyak lagi. So enjoy sape yang nak pergi sungai lembing ni..